The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan LS12 : Selangor FC vs KL City FC | Tercicir Dua Mata di Stadium MBPJ

Jul 21, 2022 - FAS

Pasukan Selangor FC menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.

Antara beberapa fakta penting yang diambil daripada perlawanan #SFCKLC semalam:-

  1. Sharul Nazeem mengekalkan aksi cemerlang

Pertahanan muda, Sharul Nazeem atau lebih mesra dengan panggilan Afro telah mempamerkan aksi yang cukup cemerlang dalam perlawanan baru-baru ini. 

Menariknya dalam perlawanan ini, beliau menunjukkan kemampuannya sebagai ‘commanding centre back’ dengan beberapa tindakan penting yang berjaya menyelamatkan pasukan daripada bolos bermula dari seawal minit pertama sehingga wisel penamat ditiup.

Afro merupakan pemain tunjang pasukan sejak dari musim lalu lagi telah berjaya memaku tempatnya bermula dari perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC dalam saingan Liga Super 2021. Setakat ini, beliau telah beraksi dalam 12 daripada 13 perlawanan bersama pasukan Gergasi Merah untuk musim ini. 

  1. Samuel Somerville terus menunjukkan aksi terbaiknya

Sam terus menunjukkan momentum persembahan baiknya di setiap peluang yang ada. Beliau berjaya membaca dengan baik sepakan penalti pemain KL City FC, Romel Moralez dan menyelamatkan gawang pasukan Selangor FC pada minit ke-64 perlawanan.

  1. Kapten pasukan, Brendan Gan sekali lagi menjadi penjaring gol pembukaan perlawanan

Brendan Gan yang sekian lama berehat daripada sakit kanser yang dihidapinya telah beraksi semula dalam perlawanan menentang Sarawak United dan menjaringkan gol pembukaan aksi ini pada minit ketujuh. Begitu juga menentang KL City FC semalam, beliau sekali lagi menjadi watak penting di dalam pasukan dengan menjaringkan gol awal yang menyemarakkan semangat pasukan pada minit ke-36 perlawanan.

Selangor FC berharap pasukan akan terus mempamerkan aksi yang terbaik untuk perlawanan-perlawanan akan datang.

Demi Kebanggaan!